Engkau boleh kata perasaan ni 'syok sendiri' perasaan. Tapi bagi aku perasaan ni bukan perasaan biasa. Aku memang suka dia. Aku berniat nak jadikan dia teman hidup aku.
lama dah aku tak rasa perasaan yang macam ni. Aku harap ia menjadi kenyataan bahawa satu hari nanti kau akan jadi milikku.
Maafkan aku kalau aku stalk kau hari2. Mungkin nak lepas rasa rindu. atau mungkin sebab aku takda peluang nak jumpa kau. Atau mungkin dah menjadi habit aku. Aku minta maaf.
Aku tak dapat tahan perasaan aku ini sehingga aku menceritakan kepada ibuku mengenai perihal diri kau. Belum pernah aku cerita hal sedemikian kepada orang tua ku. Seperti orang lain yang berharap seperti aku, nama engkau sentiasa dalam doa ku. Kau patut rasa bertuah.
Aku masih ingat kali pertama melihat engkau. Waktu hari orientasi. Ah, kebetulan satu game tu aku duduk bersebelahan kau, aku tak tahu apa nama game tu, yang aku tahu, aku orang paling bertuah waktu tu. Melihat dari segi perwatakan yg sederhana membuatkan aku jatuh cinta pada kau. Sejak hari tu lah bermula segalanya.
Tiba masanya untuk cerita paling awkward. Aku tak tahu kenapa aku berani sangat pandang terus ke matanya (eye contact?) untuk beberapa saat yg lama. Tapi tak ada apa perbualan pun yg kami bincangkan. Mungkin aku tak cukup berani waktu itu, Tetapi kalau bukan sebab tu, aku tak ada beruasa segigih macam ni.
Sesi fotografi bermula, kelas dia ambil gambar dahulu dan diikuti dengan kelas aku, aku mencari blazer yang sesuai dengan saiz aku untuk bergambar, tapi tak ada satu pun yang sesuai, setelah sesi bergambar habis, secara tiba2 aku meminta blazer daripada dia untuk mencuba. oh, dia bagi aku mencuba blazernya. Tak sangka pula muat. Jadi, aku teruskan memakai.
Kini tinggal lagi kurang sebulan untuk aku mencuba nasib. Kalau benar dia adalah jodoh yang baik untuk aku, Kau perkenankanlah doa aku ini. Jika dia bukan untuk aku, aku tahu Engkau punya rancangan adalah lebih baik.
Beribadah bukan kerana orang yang kita suka, kalau macam tu prinsip kau, kau sebenarnya dah kehilangan agama. Tapi disebabkan kau, aku belajar untuk ikhlaskan diri dan belajar untuk tidak memikirkan dalam ibadahku.